Wednesday 26 September 2012

penghibur hati Rozita


RINDU pada Muhamad Asmawi Jalaludin memang tidak pernah luntur di hati Rozita Abu Hassan.

Justeru apabila melihat kelibat sekumpulan lima remaja segak berbaju Melayu di pagi raya di rumah mereka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, kerinduan itu sedikit terubat.

Apatah lagi kelima kanak-kanak itu merupakan rakan baik anaknya yang hilang pada 2008 lalu.

''Mereka rakan Awi (Muhamad Asmawi) setiap masa dan sering bersama ke mana-mana sahaja. Yang pasti mereka juga tidak pernah melupakan Awi.

"Dahulu Awi ada, saya selalu berikan duit raya kepada mereka semua tetapi bila Awi tiada saya tidak boleh hentikan amalan itu, kerana saya membayangkan Awi masih bersama mereka dan semakin bergaya," cerita Rozita.

Tindakan sahabat Awi yang sering menyapa Rozita turut menambah kerinduan terhadap anaknya.

Katanya, walaupun Awi telah hilang hampir lima tahun, namun rakan-rakannya seakan tidak pernah melupakan kejadian tersebut.

"Jika Awi masih hidup saya mohon kepada Tuhan supaya memberi petunjuk kepada Awi untuk pulang sementara saya juga masih bernyawa," ujanya sambil menitiskan air mata.



Source- Utusan

No comments:

Post a Comment